Tenaga Cable Industries Sdn Bhd
  • Home
  • About Us
    • Corporate Information
    • MANAGEMENT POLICY STATEMENT
    • MANAGEMENT TEAM
    • Board of Directors
    • Integrity Policy
  • Products
    • Rods
      • ALUMINIUM ROD
    • Low Voltage Cables
      • LOW VOLTAGE AERIAL BUNDLE CABLE
      • LOW VOLTAGE FOUR CORE INSULATED POWER CABLE
    • Medium Voltage Cables
      • TNB Specification
        • MEDIUM VOLTAGE SINGLE CORE XLPE INSULATED POWER CABLE (COPPER WIRE SCREENED)
        • MEDIUM VOLTAGE XLPE INSULATED TRIPLEX POWER CABLE
      • BS 6622 / IEC 60502-2
        • MEDIUM VOLTAGE SINGLE CORE XLPE INSULATED POWER CABLE
        • MEDIUM VOLTAGE THREE CORE XLPE INSULATED POWER CABLE
    • OPGW
      • COMPOSITE FIBER OPTIC OVERHEAD GROUND WIRES
    • Overhead Conductors
      • ALUMINIUM CONDUCTOR COMPOSITE CORE
      • ALUMINIUM CONDUCTOR STEEL REINFORCED
      • LOW LOSS CONDUCTORS
  • Services
  • Customers/Vendors
  • Tender
  • News & Events
  • Contact

Home > News > 2020 > PERUTUSAN PEMANGKU PENGARAH URUSAN TCI

July 28, 2020

PERUTUSAN PEMANGKU PENGARAH URUSAN TCI

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita diberi kesihatan dan kekuatan untuk kekal bersama sebagai warga kerja TCI.

Untuk makluman semua, perutusan ini akan saya keluarkan pada setiap bulan bagi menggantikan perhimpunan bulanan sebagai salah satu medium perkongsian maklumat daripada saya selaku Pemangku Pengarah Urusan kepada semua warga kerja TCI. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran En. Lim Fu Yen, Chief Subsidiaries Management Officer (CSMO), bersama dua orang wakil dari Transformation Office (TMO), En. Syahrulnizam Md. Saad dan Pn. Siti Syahirah Ismail kerana sudi meluangkan masa melawat TCI dan beramah mesra bersama warga kerja TCI pada 13 Julai 2020 yang lepas. Sepanjang lawatan, CSMO telah mendengar taklimat terkini mengenai perkembangan perniagaan TCI, melihat pemprosesan kabel dan Kilang Aluminium. CSMO amat gembira dengan perkembangan TCI dan berharap agar TCI akan terus kekal relevan kepada pemegang saham dengan menjana keuntungan secara berterusan. Warga TCI ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas lawatan ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua warga TCI yang terlibat dalam menyusun serta mengatur  aturcara untuk majlis tersebut. Saya yakin dan percaya segala usaha dan kerjasama yang ditunjukkan ini akan memberi impak terhadap perkembangan positif syarikat.

Kerajaan telah menguatkuasakan Akta SPRM Seksyen 17(A) pada 1 Jun 2020 berkaitan Corporate Liability untuk membendung salah laku rasuah di sektor swasta. Selaras dengan itu, TCI juga dalam usaha bagi mendapatkan Persijilan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) ISO 37001:2016. Tujuan utama persijilan ini adalah supaya TCI membangunkan Standard Operating Procedure (SOP) bagi membendung salah laku rasuah yang berkemungkinan berlaku di TCI. Antara usaha yang telah dijalankan ke arah persijilan ini adalah perlaksanaan Audit Dalaman ABMS pada 26 Jun 2020 yang lepas. Manakala audit peringkat pertama oleh pihak Sirim akan berlangsung pada 29 Julai 2020 dan peringkat kedua pada 17 hingga 18 September 2020. Sasaran bagi memperoleh sijil ini adalah pada Oktober 2020.

Seperti yang sedia maklum, kedudukan ekonomi di seluruh dunia agak mencabar akibat penularan wabak COVID-19 ini. TCI juga menghadapi cabaran bisnes yang lebih getir di mana pesanan belian (PO) kebanyakan pelanggan pada separuh masa pertama tahun 2020 telah ditangguhkan 2-3 bulan penghantaran akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lepas. Kita berharap dan berdoa agar proses pemulihan TCI akan terus berkembang, di mana akaun syarikat pada bulan Jun 2020 telah menunjukkan perkembangan yang positif. Untuk itu, pihak pengurusan akan berusaha untuk memulihkan perniagaan untuk separuh masa kedua tahun 2020 dengan mengambil beberapa inisiatif seperti pengurusan kos yang   prudent (berhemah), pengurusan stok yang efektif dan meningkatkan lagi kecekapan operasi. Oleh yang demikian, kerjasama daripada semua warga TCI amatlah didambakan.

Dalam fasa PKPP ini, pelbagai sektor telah kembali beroperasi termasuklah pembukaan semula sesi persekolahan dan taska. Dengan pembukaan sesi persekolahan ini, warga kerja yang merupakan ibu bapa sudah kembali ke tempat kerja, dan tiada lagi “Bekerja Dari Rumah (Work From Home)”. Diharap ibu bapa sentiasa berpesan kepada anak-anak agar mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri setiap masa. Di samping itu, janganlah kita alpa dengan segala kelonggaran yang diberikan kerajaan, patuhilah SOP yang telah ditetapkan serta sentiasa elakkan 3S dan amalkan 3W.

Akhir sekali saya mengucapkan selamat bertugas dan berharap agar kita semua berada dalam satu pasukan yang kuat ke arah kecemerlangan TCI.

Terima kasih.

#kitajagakita #kitamestimenang #hentikancovid19

 

FAKHRURRAZI MOHAMAD

Pemangku Pengarah Urusan

 

 

 

 


BACK TO NEWS LIST

News & Events

  • 2018
  • 2019
  • 2020
  • 2021
  • 2022
  • 2023
  • 2024
  • 2025
Achievement

Menu

  • Home
  • About Us
  • Services
  • Customers/Vendors
  • News
  • Contact Us
  • Career
  • Staff E-Leave
  • Staff Email

Find Us Now

Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd. (189423-D)
A subsidiary of Tenaga Nasional Berhad

Lot 2, Jalan P/12, Seksyen 10, Kawasan Perusahaan Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

+603-8922 2678 / +603-8922 2684 (Sales)
+603-8925 5911
info@tcisb.com.my
2°58'25.7"N 101°44'45.7"E


Total Visitors :


Copyright © 2025 Tenaga Cable Industries Sdn Bhd. All rights reserved.
  • Home
  • About Us
    ▼
    • Corporate Information
    • MANAGEMENT POLICY STATEMENT
    • MANAGEMENT TEAM
    • Board of Directors
    • Integrity Policy
  • Products
    ▼
    • Rods
      ▼
      • ALUMINIUM ROD
    • Low Voltage Cables
      ▼
      • LOW VOLTAGE AERIAL BUNDLE CABLE
      • LOW VOLTAGE FOUR CORE INSULATED POWER CABLE
    • Medium Voltage Cables
      ▼
      • TNB Specification
        ▼
        • MEDIUM VOLTAGE SINGLE CORE XLPE INSULATED POWER CABLE (COPPER WIRE SCREENED)
        • MEDIUM VOLTAGE XLPE INSULATED TRIPLEX POWER CABLE
      • BS 6622 / IEC 60502-2
        ▼
        • MEDIUM VOLTAGE SINGLE CORE XLPE INSULATED POWER CABLE
        • MEDIUM VOLTAGE THREE CORE XLPE INSULATED POWER CABLE
    • OPGW
      ▼
      • COMPOSITE FIBER OPTIC OVERHEAD GROUND WIRES
    • Overhead Conductors
      ▼
      • ALUMINIUM CONDUCTOR COMPOSITE CORE
      • ALUMINIUM CONDUCTOR STEEL REINFORCED
      • LOW LOSS CONDUCTORS
  • Services
  • Customers/Vendors
  • Tender
  • News & Events
  • Contact