Tenaga Cable Industries Sdn Bhd
  • Home
  • About Us
    • Corporate Information
    • MANAGEMENT POLICY STATEMENT
    • MANAGEMENT TEAM
    • Board of Directors
    • Integrity Policy
  • Products
    • Rods
      • ALUMINIUM ROD
    • Low Voltage Cables
      • LOW VOLTAGE AERIAL BUNDLE CABLE
      • LOW VOLTAGE FOUR CORE INSULATED POWER CABLE
    • Medium Voltage Cables
      • TNB Specification
        • MEDIUM VOLTAGE SINGLE CORE XLPE INSULATED POWER CABLE (COPPER WIRE SCREENED)
        • MEDIUM VOLTAGE XLPE INSULATED TRIPLEX POWER CABLE
      • BS 6622 / IEC 60502-2
        • MEDIUM VOLTAGE SINGLE CORE XLPE INSULATED POWER CABLE
        • MEDIUM VOLTAGE THREE CORE XLPE INSULATED POWER CABLE
    • OPGW
      • COMPOSITE FIBER OPTIC OVERHEAD GROUND WIRES
    • Overhead Conductors
      • ALUMINIUM CONDUCTOR COMPOSITE CORE
      • ALUMINIUM CONDUCTOR STEEL REINFORCED
      • LOW LOSS CONDUCTORS
  • Services
  • Customers/Vendors
  • Tender
  • News & Events
  • Contact

Home > News > 2020 > PERUTUSAN BULAN OKTOBER 2020 PEMANGKU PENGARAH URUSAN

October 16, 2020

PERUTUSAN BULAN OKTOBER 2020 PEMANGKU PENGARAH URUSAN

En. Fakhrurrazi mempengerusikan Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman IMS di Bilik Mesyuarat Solar TCI

 

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita diberi kekuatan dan kemudahan dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan di Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd. (TCI). Sesungguhnya tanggungjawab ini kita galas bersama untuk memastikan TCI terus kekal relevan dan sentiasa maju ke hadapan.

Sepertimana kita sedia maklum, kita sentiasa mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi penularan wabak Covid-19 di negara kita. Daripada kejayaan kita membendung wabak ini kepada satu digit pada satu ketika dahulu, kini telah  berlaku peningkatan kes-kes harian baharu wabak Covid-19 sehingga mencecah kepada tiga digit. Situasi ini amat membimbangkan kita semua. Justeru itu, janganlah kita alpa dan hendaklah sentiasa mengamalkan SOP yang telah   ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sentiasalah amalkan 3W dan elakkan 3S/3C. Sekiranya anda dari zon merah ataupun terdapat kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19, silalah kuarantin kendiri demi orang yang disayangi.  Ingatlah, pada masa ini kita semua adalah barisan hadapan yang perlu memainkan peranan agar penularan wabak ini dapat dikawal semula.

Pada bulan september yang lepas, TCI telah melalui satu fasa yang sukar di mana kita menghadapi masalah kualiti sehingga menyebabkan kegagalan Product Inspection (PI). Lanjutan daripada itu, Ketua-ketua Jabatan di bahagian operasi dan jurutera-jurutera sedang giat mencari punca sebenar masalah ini. Proses pemulihan dan penambahbaikan sedang giat dijalankan agar kualiti produk kita dapat dipertingkatkan supaya tiada lagi kegagalan PI pada masa akan datang. Seperkara lagi, pada bulan September juga TCI telah menjalankan Audit Dalaman Integrated Management System (IMS) yang berlangsung pada 21-23 September 2020. Hasil penemuan bagi audit yang telah dijalankan ialah 13 Nonconforming Report (NCR) dan 37 Opportunity For Improvement (OFI). Penemuan-penemuan tersebut adalah sebagai penambahbaikan terhadap pematuhan IMS dan menjadi penanda aras kepada semua dalam memastikan pematuhan terhadap prosedur kerja, kualiti produk dan servis serta pematuhan terhadap keselamatan kesihatan dan persekitaran di TCI. Tahniah diucapkan kepada barisan juruaudit yang telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam pelaksanaan audit ini supaya TCI terus maju ke hadapan.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua warga TCI agar bersama-sama meningkatkan kualiti kerja dan memacu TCI ke masa hadapan yang lebih baik. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, marilah kita bersama-sama memainkan peranan dalam memerangi wabak Covid-19. Ingat, kita pernah berjaya melandaikan lengkung jangkitan Covid-19 sebelum ini. Oleh itu, saya yakin dan percaya kita akan dapat bersama-sama melandaikannya sekali lagi. InsyaAllah, kita doakan mudah-mudahan kita semua akan menang akhirnya.

 

Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

FAKHRURRAZI MOHAMAD                                                                                                                                       

Pemangku Pengarah Urusan

 


BACK TO NEWS LIST

News & Events

  • 2018
  • 2019
  • 2020
  • 2021
  • 2022
  • 2023
Achievement

Menu

  • Home
  • About Us
  • Services
  • Customers/Vendors
  • News
  • Contact Us
  • Career
  • Staff E-Leave
  • Staff Email

Find Us Now

Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd. (189423-D)
A subsidiary of Tenaga Nasional Berhad

Lot 2, Jalan P/12, Seksyen 10, Kawasan Perusahaan Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

+603-8922 2678 / +603-8922 2684 (Sales)
+603-8925 5911
info@tcisb.com.my
2°58'25.7"N 101°44'45.7"E


Total Visitors :

Copyright © 2023 Tenaga Cable Industries Sdn Bhd. All rights reserved.
  • Home
  • About Us
    ▼
    • Corporate Information
    • MANAGEMENT POLICY STATEMENT
    • MANAGEMENT TEAM
    • Board of Directors
    • Integrity Policy
  • Products
    ▼
    • Rods
      ▼
      • ALUMINIUM ROD
    • Low Voltage Cables
      ▼
      • LOW VOLTAGE AERIAL BUNDLE CABLE
      • LOW VOLTAGE FOUR CORE INSULATED POWER CABLE
    • Medium Voltage Cables
      ▼
      • TNB Specification
        ▼
        • MEDIUM VOLTAGE SINGLE CORE XLPE INSULATED POWER CABLE (COPPER WIRE SCREENED)
        • MEDIUM VOLTAGE XLPE INSULATED TRIPLEX POWER CABLE
      • BS 6622 / IEC 60502-2
        ▼
        • MEDIUM VOLTAGE SINGLE CORE XLPE INSULATED POWER CABLE
        • MEDIUM VOLTAGE THREE CORE XLPE INSULATED POWER CABLE
    • OPGW
      ▼
      • COMPOSITE FIBER OPTIC OVERHEAD GROUND WIRES
    • Overhead Conductors
      ▼
      • ALUMINIUM CONDUCTOR COMPOSITE CORE
      • ALUMINIUM CONDUCTOR STEEL REINFORCED
      • LOW LOSS CONDUCTORS
  • Services
  • Customers/Vendors
  • Tender
  • News & Events
  • Contact